Header

Header
Akira~Chan

ringkasan budget 2010

| Saturday, October 24, 2009

(sumber dari http://sharinginfoz.blogspot.com/)

  • Pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM500 setahun (2010-2012) bagi langganan broadband
  • Penjawat awam kini boleh memperoleh pinjaman komputer sebanyak RM5,000 setiap 3 tahun jika dibandingkan setiap 5 tahun sebelum ini
  • Pemberian Biasiswa Nasional kepada 30 orang yang terbaik diseluruh Malaysia bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Izajah di universiti tersohor di dunia
  • Peminjam PTPTN yang mendapat Ijazah Kelas Pertama mulai tahun 2010 akan ditukarkan pinjaman kepada biasiswa
  • Diskaun 50% kepada pelajar yang berumur 13 tahun ke atas bagi menggunakan keretapi jarak jauh dengan KTMB
  • Pelajar boleh memperoleh netbook dengan langganan broadband dengan kadar RM50 sebulan selama 2 tahun. Package ini lebih murah daripada kadar di pasaran. Keutamaan akan diberi kepada pelajar tahun 1 universiti keluarga berpendapatan rendah. Buat permulaan Telekom akan menawarkan kepada 100,000 pelajar
  • LRT (Kelana Jaya-Taman Melati) akan ditambah dengan 35 unit tren
  • Terminal Pengangkutan Bersepadu akan dibina di Gombak bagi mengurangkan kesesakan di bandar
  • Skim insurans / takaful asas bagi motor akan diperkenalkan bagi mempercepatkan claim dan kadarnya dijangka tidak akan membebankan rakyat
  • Syarikat yang tersenarai akan memperkenalkan e-Dividen kepada pemegang saham bagi meningkatkan kemudahan pembayaran. Syarikat broker diberi pilihan untuk memperkenalkan e-Payment bagi membuat dan menerima pembayaran
  • Bermula 1 Januari 2010, kerajaan akan memperkenalkan service charge sebanyak RM50 setahun dan RM25 setahun bagi pemegang kad kredit utama dan tambahan. Ini bagi mengalakkan perbelanjaan secara berhemah. Pemegang kad kredit pada Ogos 2009 ialah 11 juta
  • Kerajaan akan mengenakan RM10,000 bagi setiap AP kepada pemegang AP terbuka.
  • Sistem Pengurusan Subsidi bagi petrol akan diperkenalkan pada awal 2010, untuk memberi hanya kepada yaang memerlukan dengan menggunakan infrastuktur yang sedia ada dan MyKad
  • Kadar elaun bagi Orang Kurang Upaya (OKU) akan ditingkatkan daripada RM50 sebulan kepada RM150 sebulan bagi yang bersekolah di sekolah khas - ianya melibatkan 4,000 pelajar OKU
  • Bagi pencarum EPF yang memilih caruman sebanyak 8%, boleh memilih untuk meningkatkan kembali kepada 11% berkuat kuasa serta merta
  • Bagi assessment 2010, cukai individu maksima akan diturunkan daripada 27% kepada 26%
  • Pelepasan individu bagi tujuan cukai pendapatan individu dinaikan daripada RM8,000 kepada RM9,000 setahun
  • Semua Jabatan dan Kementerian di bawah kerajaan dikehendaki menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak. Bagi tujuan ini, kerajaan memperuntukan RM200,000 bagi setiap jabatan / kementerian
  • Pemberian saguhati kepada penjawat awam berjumlah RM500 dipanjangkan juga kepada semua penjawat awam gred 41 hingga gred 54 atau bersamaan dan juga kepada pesara jika dibandingkan sebelum ini hanya kepada staf kategori sokongan. Bayaran akan dibuat pada bulan Disember 2009

7 voice outs!:

Anonymous at: October 24, 2009 at 1:42 PM said...

oh Tak adil penukaran biasiswa tu hanya bermula tahun 2010. Habis graduan 1st class tahun 2008 dan 2009? Gigit jari je la bayar pinjaman?

{ A.k.i.r.a ~ c.h.a.n } at: October 24, 2009 at 3:53 PM said...

saba ye dear! kan baru tuka PM, jadi budget plan pun orang lain yang buat.. macam mana kalau yang 1st class tu tak amik pinjaman ptptn? sape plak yang nak pulang duit diorang? huuu

{ H A N S } at: October 25, 2009 at 12:39 AM said...

naper tambah lrt jer, komuter x? tgh geram kt komuter sbb smlm balik ngn komuter aircond xder! pastu pcik komuter bukak tingkap, mcm nk terbang kitorg dlm tren..hehe..

acom at: October 25, 2009 at 2:28 AM said...

i would say that the 2010 budget is the best among the best..especially regarding the allocation to augment the capacities and qualities of our child's education starting from the pre-school until the highest level we can go, regardless the citizen in remote areas until the urban vicinity..whats more we can do to encourage our people to gain more knowledge?

{ A.k.i.r.a ~ c.h.a.n } at: October 25, 2009 at 10:24 AM said...

hani:

yeah, last skali qila naik komuter tahun ni, memang sangat crowded.. memang kene usulkan cadangan penambahan komuter tu la..

acom:

yeah, i can see that too.. tapi memang tak dinafikan setiap kali budget keluar, banyak benefit orang kite dapat dalam pelbagai aspek. sepatutnya kite kene bersyukur sebab dapat pertolongan dari segi subsidi, pemotongan itu ini, dapat bonus, kalau kat UK ni, qila rasa pun tak dapat banyak macam yang kite dapat. tapi orang kite je yang demand2 sangat.. dah dapat betis nak peha.. kite kene bersyukur banyak2 kan sebab negara kite semakin maju, aman damai, takde perang, takde perbalahan.. i'm proud of it! :)

{ the gemoks } at: October 26, 2009 at 5:03 AM said...

syukur sbb kerajaan nk gak bg saguhati tuk pegwai 41 n above..igt ktorg xdpt ape2 saguhati..tp bajet thn ni byk tol benefit, smpi pelepasan cukai pon dah jd RM9k..syukur..thanks Mr.PM =)

{ A.k.i.r.a ~ c.h.a.n } at: October 26, 2009 at 5:17 AM said...

yeah.. betul tu fakis.. sememangnya kite ni beruntung.. jadi kene lebih tingkatkan produktiviti dan kualiti kerja pasni :)

 

Copyright © 2010 Akira~chan Blogger Template by Dzignine | Header Illustration by Emila Yusof