Header

Header
Akira~Chan

esok Hari Raya

| Thursday, November 26, 2009

kali ni masuk kali kedua saya dan suami merayakan Hari Raya di UK selepas Aidilfitri lepas
tapi sambutan kali ini tak semeriah raya puasa haritu
memadai dengan beli stok daging dan ayam kat Slough tadi untuk masak rendang esok
suami akan pergi solat sunat raya esok dan saya plak akan prepare untuk first formal meeting saya dengan sv dan adviser on the afternoon.. hopefully semua berjalan lancar
lusa plak, kami komuniti melayu di Egham dan di sekitarnya (Windsor, Virginia Water) akan berkumpul dan meraikan sambutan Aidiladha.. saya merangkap cik puan paling muda akan memasak lauk ayam masak merah pada hari tersebut.. hehe..
so, pagi Sabtu nanti pulunla i memasak kat dapur tu!

untuk semua umat Islam yang membaca blog saya ni
Salam Aidiladha buat kalian!
Sebagaimana ramai umat Islam yang sekarang ini sedang berada di Arafah bagi menunaikan rukun fardhu haji, marilah kita sama2 mendoakan kesejahteraan mereka dan turut berdoa agar niat kita untuk dapat turut serta di sana diperkenankan olehNya
Amin

Alhamdulillah syukur kerana pada tahun ini, saya dimurahkan rezeki untuk mengambil 1 bahagian korban lembu milik bapa mertua saya
semoga tahun depan ade rezeki saya lagi untuk melaksanakannya..Amin

Eid Mubarak!



3 voice outs!:

{ Ili Saharudin } at: November 27, 2009 at 9:52 AM said...

selamat hari raya aidiladha Qila~
ps: dah dapat things in ur wishlist~hope dapat post it soon~

{ Hanis MY } at: November 27, 2009 at 10:32 AM said...

Qila..selamat hari raya maaf zahir batin, akak tak sempat korban pun sebab bgtahu lambat sgt huhu, takpe try again next year..have a wonderful raya with hubby...

{ A.k.i.r.a ~ c.h.a.n } at: November 27, 2009 at 1:35 PM said...

ili:
Eid Mubarak to u too, my dear Ili.. ouh really?? i'm so excited to hear that! yeay! ili nye present, qila dah post dah..expected to arrive to Malaysia within 5 working days.. nanti bgtau ye kalau dah dapat.. hope u'll like them! :)

kak hanis:
konnichiwa senpai! selamat hari raya to u too :) ouh.. takpe2..insyaAllah ade rezeki tahun depan leh masuk bahagian. masak lauk raya tak tahun ni? :) have a great raya to u n ur hubby too..

 

Copyright © 2010 Akira~chan Blogger Template by Dzignine | Header Illustration by Emila Yusof