Header

Header
Akira~Chan

bits of ET and puasa

| Wednesday, August 11, 2010

ET = Europe Tour tau..bukan ET yang alien tu..
well, as promised, another stories on my previous summer holiday -- Volendam & Amsterdam

hari pertama di Volendam, kami dibawa ke kedai menjual clogs (terompah) dan cheese
di sini, kami diberi demonstrasi cara membuat clogs dan asal usul pembuatan cheese di Netherlands
kalau tengok gambar kat bawah tu mesti geram kan? sebab banyak sangat clogs bergantungan dan harga die pun murah2..
qila tak beli pun clogs besar tu, cuma beli fridge magnet dan t-shirt je..
why? sebab kak Roni (my tutor collegue) dah present clogs untuk qila masa New Year exchange present awal tahun haritu..hehe..



dari cheese & clogs shop, kami dibawa ke satu kawasan kincir angin tradisional berhampiran.. sempat juga ambil gambar bersama family sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya
kalau tengok picx kat bawah tu macam kawasan kat tepi pelabuhan je kan?
itu adalah salah satu fishing village di Volendam dan kat sana qila dan hubby sempat ambil gambar berpakaian tema Dutch, makan Dutch original pancake, melahap seafood yang tersangatla murah dan beli souvenire sedikit sebanyak...



seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Amsterdam, bandaraya terkenal di Netherlands.. sesampainya di sana, kami dibawa menaiki river cruise untuk menikmati pemandangan kawasan Amsterdam dari atas bot..selepas river cruising, kami dibenarkan menjelajah sendiri kawasan bandar berpandukan peta yang dah disediakan pihak penganjur tour..
Amsterdam is a wonderful place to go.. kalau ada rezeki qila akan datang lagi.. :)


dan sempena puasa, hubby belanja qila beli lampu hiasan untuk garden kitorang
confirm tak terang satu taman, tapi dari tingkap umah boleh nampak sayup2 lampu lilin tu..
aisey, romantik + sayu gitu..
(takmoh kalah ngan lampu kelip-kelip pasang kat umah Rawang tu..hekhek!)


cantik tak?

7 voice outs!:

{ Hanis MY } at: August 11, 2010 at 12:25 PM said...

finally an update from u hehe i likee..qila u look slimmer la apa rahsia? yup sukanya lampu kat garden tu dah rasa suasana syawal gitu hehe..apapun selamat berpuasa Qila n hubby...

{ A.k.i.r.a ~ c.h.a.n } at: August 11, 2010 at 12:45 PM said...

hehe..finally kan? akak tengok qila dah slim skit ek? Alhamdulillah... rahsianya kurang makan je.. :)

slalu kat msia kite pasang pelita or lampu kelip masa dari Ramadhan kan? kat sini pun qila tak nak ketinggalan gak.. bolehla jadi pengubat rindu susasana kampung halaman..

{ H A N S } at: August 12, 2010 at 12:42 AM said...

waahhh..cantek lampu tu..dh mcm pasang pelita da.tp canggeh skit dari pakai buluh or botol plastik tu. heheh.. :)

Anonymous at: August 12, 2010 at 2:08 AM said...

blue lamp.. classic

{ A.k.i.r.a ~ c.h.a.n } at: August 12, 2010 at 10:06 AM said...

hani:
tq tq hani..ha tula.. kat sini ada juga jual lampu pelita buluh yang letak minyak tu..tapi dekat2 nak raya nantila beli n pasang.. :)

kak zieyla:
a'aah kan?

{ mYeQa } at: August 12, 2010 at 10:43 AM said...

waa.. bestnye dapat g jalan2. i envy you dear!

nway, selamat berpuasa, qila n hubby...

{ A.k.i.r.a ~ c.h.a.n } at: August 12, 2010 at 12:47 PM said...

ello ikha
Alhamdulillah, sementara ada peluang ni, tamau disia-siakan.. :)
insyaAllah ikha nye rezeki nanti siapa yang tau kan?

happy fasting to u too, bebeh!!
miss ya!

 

Copyright © 2010 Akira~chan Blogger Template by Dzignine | Header Illustration by Emila Yusof