Header

Header
Akira~Chan

9 hari di Egham.. ape rasanya?

| Sunday, August 9, 2009

selamat pagi UK, selamat petang Malaysia!
sekarang baru pukul 8.45 pagi waktu Egham
pagi ini sangat mendamaikan
cik matahari pun dah terbit
saya boleh nampak burung2 keluar dari sarang terbang melintas tingkap bilik saya (kalau sesiapa dah tengok gambar bilik saya sure tahu macam mana bentuk tingkap berhadapan meja lappy saya dalam bilik tu~ hehe)
sudah sejam saya duk kat meja ni.. baru je siap buat notes pasal visit ke Windsor Great Park pada Jumaat lepas untuk diceritakan kepada mr. sv esok. kalau nak tau pasal lawatan itu, sila masuk ke jurnal saya yang lagi satu..heee.. link di sini ye?

bile tengok calendar, dah 9 hari saya tinggal di sini
cepat je masa berjalan
dan dalam masa 9 harini, macam2 pengalaman yang saya dan hubby dapat
of course lah banyak bende baru kene blaja
dan mistakes itu adalah lumrah! haha

1.cakap pasal shopping
kat tempat saya ni, kalau nak shopping terutamanya groceries leh gi ke pekan Egham coz kat sana ade Tesco Metro. kalau naik bus tak sampai 1o minit dah sampai dari Vic. Street ni.. harganye lebih murah daripada tempat lain. selain Tesco, saya dah gi ke Sainsbury, satu lagi supermarket dekat Staines. pun kene ade kenderaan sebab jauh skit.. kalau nak beli daging/ayam halal, saya dan suami pergi ke Slough, perjalanan naik bas dalam 20 minit. kat Slough banyak makanan halal yang dijual; kebab, Nando's, ayam goreng, nasi beriyani, roti canai, banyakla.. ade juga beberapa kedai runcit yang jual barang2 dari Timur Tengah.. senang nak beli barang.. :) cuma beratla skit nak angkut barang bawak balik sebab kitaorang belum ade kereta..insyaAllah coming soon.. :) satu lagi tempat nak dapat barang murah adalah di carboot.. of course barang second hand, tapi kalau pandai pilih, u'll get the finest stuff similar to the new one.. saya baru dapat gi skali tu pun abg Rosli dan wife die ajak. barang2 kat situ boleh dibeli dengan harga 1 pound ke bawah tau! kalau pandai bargain u can get more than one stuff for a pound! (jeling kak Mulia-isteri abg Rosli..heee)

2. Pengangkutan
kenderaan utama kami adalah bus bernombor 71 & 441..kadang2 malas jalan kaki ke kampus, saya naik bus je.. hekhek.. tapi dalam masa dua minggu ni, kami diberi kepercayaan untuk menjaga kereta abg Rosli coz die dan family on tour to Europe! 8 negara beb! jeles giler saya denga..n the cost was only 500 pounds seorang! (include everyday meals).. next year turn saya dan suami pulak gi jalan! so, back to the car again, abg Rosli kata "gi la jalan2 gune kereta tu..jangan risau, en. tomtom ade..(gps). asalkan jangan speeding dah la..sini saman mahal".. dan semalam, en. suami telah memandu pulang kereta itu semalam dengan jayanya lepas kitaorang hantar abg Rosli kat Central London.

3. Rumah
sepertimana sume orang dah tengok..itula rumah saya. tingkat plg atas skali; di loteng. sangat cool! cozy dan ruang die besar lebih dari apa yang saya jangka.. dapur saya dah lengkap dengan oven, microwave, dapur elektrik, pengering pinggan mangkuk, fridge, washing machine dengan drier.. dan penyewa sebelum ni pun banyak tinggalkan peralatan elektrik die macam tv dan vacuum..thanks ex-tenant! :).. FYI, kawasan Egham ni boleh tahan dekat juga dengan Heathrow airport..jadi setiap hari banyakla kapal terbang melintas di laluan udara rumah kitaorang ni.. so need to get used to it.. well, kat tingkat bawah blok rumah saya ni adalah barisan kedai..ade kedai jual pizza, chinese restaurant, souvenire shop, saloon, kedai baiki kasut, interior design shop dsb. tapi harga die buleh tahan mahal gak! dan tak jauh dengan blok ni ade bar~~ not sort-of-modern-type bar, but more into country's bar.. tiap2 petang menjelang malam, riuh gak bar tu.. so takla sunyi area ni.. )(dun worry, saya dan suami tak keluar malam)

4. uni dan research study
uni saya cantik, kecil dan hijau! saya suke..perjalanan dari main gate sampai ke office lebih kurang 10 min jalan kaki. skarang masih dalam summer break jadi tak ramai orang. saya sangat bertuah sebab office saya bersebelahan dengan library je dan tak jauh dengan mini mart. ade juga makanan halal spt kebab dan pastri dijual kat situ..:)
dalam 9 hari ni juga, saya dah dapat tugasan dari en.sv dan dah pun jalan2 tengok study site kat Windsor..

5. central London
saya dapat peluang ke central London sebab gi hantar abg Rosli dan family die untuk tour ke Europe. takdela berjalan2 cuma dapat tengok dari dalam keta je.. dapat tengok Natural History Museum, Harrod's dan lalu di kawasan ala-ala elite gitu.. we'll go next time la.. maybe by train..

6. keluarga
we're connected thru Skype! dan juga blog ini.. hehe dan kadang2 saya tepon je terus kalau nak denga suara family. maaf ye, saya dah tak guna no maxis saya lagi. kadang2 je bukak nak check msg.

7. loghat
saya ke'blur'an bile mula2 sampai dan bercakap dengan orang putih ini..sangatla pekat dialeknya.. mula2 tu sampai kene minta die repeat balik.. haha..

8. matawang
saya sedang mencuba sedaya upaya untuk ingat bentuk syiling di sini. diaorang ade dari 1p, 5p, 10p, 20p, 50p, 1 pound dan 2 pound.. masa nak bayar duit tambang bas la yang kene guna syiling..jadi untuk tidak buang masa driver tunggu saya tengok coins mana nak gune, saya dah siapkan tambang awal2 dari rumah.. that's better! takpun bayar gune duit kertas..hee

ok..nanti saya tulis lagi..

1 voice outs!:

{ H A N S } at: August 10, 2009 at 1:35 AM said...

salam..hai qila =) hepy to hear u n hubby were fine..bestnyer jalan2..letak lg pics manyak2 ek..take care..

 

Copyright © 2010 Akira~chan Blogger Template by Dzignine | Header Illustration by Emila Yusof