bayar zakat fitrah
Posted by
A.k.i.r.a ~ c.h.a.n
|
Friday, September 3, 2010
tahun ni dah masuk tahun kedua en. Aidy bayar zakat untuk isteri tercinta.. :)
tahun lepas kitorang baru je sampai dan tak tahu mende, so bayar ikut rate Malaysia aje
tapi tahun ni hubby akan bayar kat sini
rate kat sini dalam £3 - £3.50 seorang
tapi kat sini bukan macam bayar kat Malaysia; ada booth zakat di merata-rata
kat sini semua bayar online je
antara website bayaran zakat:http://www.islamic-relief.com/Emergencies-And-Appeals/3-68-ramadan-appeal.aspx
http://www.islamicaid.org.uk/youcanhelp.html
tapi sebelum klik 'Pay'/'Submit Payment' tu hendaklah disusuli dengan niat zakat fitrah ya
Lafaz/niat Ketika Mengeluarkan Zakat Fitrah
Bagi Diri Sendiri: “Inilah beras fitrah yang wajib bagi diriku pada tahun ini kerana Allah Taala” , jika tidak dikeluarkan dengan beras. sebaliknya jika menggantikannya dengan wang niatnya seperti berikut – “Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi diriku pada Tahun ini kerana Allah Taala’.
Bagi Diri Sendiri dan Tanggungan: “Inilah beras fitrah yang wajib bagi diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Taala” , jika dikeluarkan dengan beras. Sebaliknya jika digantikan dengan wang niat seperti berikut “Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi diriku dan tanggungan pada Tahun ini kerana Allah Taala’.
Mengeluarkan Zakat Fitrah bagi pihak orang lain: (wakil) “Inilah beras fitrah yang wajib bagi ………….(sebutkan nama)………………….pada tahun ini yang diwakilkan kepadaku kerana Allah Taala.” jika dikeluarkan dengan beras. sekiranya tidak dikeluarkan dengan beras tetapi digantikan dengan wang lafaznya seperti berikut: “Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi …………(sebutkan nama)……… pada Tahun ini yang diwakilkan kepadaku kerana Allah Taala”.
Semoga Tuhan menerima zakat dan ibadah kami... Amin
2 voice outs!:
qila,
kat sini rate yg diberitau £3.50. kat masjid sini, depa suruh masukkan berapa bayaran kita dalam tabung jer. a'ah,amin, semoga rezeki kita sentiasa diberkatiNya.
wah, sana ada masjid ye kak?
kat sini takdela..
solat jumaat ngan solat raya pun tumpang bangunan kampus uni je..
Amin :) sama2 kite doa ye kak?
Post a Comment