Posted by
A.k.i.r.a ~ c.h.a.n |
Thursday, August 20, 2009
Yes.. it's coming in just few days ahead lain rasanya sebab kalau kat Malaysia skang ni mesti dah ade iklan2 Ramadhan kat media, dah keluar promosi jualan Hari Raya (erkk..), pasar Ramadhan yang selalu menggoda nafsu untuk beli banyak makanan dan paling penting skali berkesempatan balik umah untuk buka puasa ngan family tercinta.. (uhuk!) kat sini.. bertemankan en. suami, akan bersahur/berbuka puasa samada dengan lauk masakan sendiri ataupun dari halal fast food delivery (berbuka puasa beramai2 bersama other Malaysians tak sure lagi..maybe ada kot jemputan..huu) nasib baik download software azan kat Internet bila masuk waktu sembahyang je, berkumandanglah die dalam rumah ni dan memandangkan sekarang dah hujung summer, maka waktu solat pun makin awal (sikit jela beza) subuh pukul 3.42 pagi dan maghrib pukul 8.15 malam maka akan berpuasalah kami selama 16 jam! semoga kami tabah menghadapi cabaran puasa tahun pertama di rantau orang ini~ kepada ahli keluarga dan sahabat handai Salam Ramadhan dari saya dan en. suami ~AidyAqila semoga ibadah kita semua diberkati dan dilindungiNya selalu uhuk! p/s: baru settle dengan first sampling! wee..nanti saya update kat blogphd ek? tungguuu...
Posted by
A.k.i.r.a ~ c.h.a.n |
Sunday, August 16, 2009
As planned, saya dan suami pergi ke Merdeka Carnival 2009 yang dianjurkan komuniti Malaysia dan High Comission of Malaysia di UK
lokasi carnival tu kat hadapan main building di Tun Abdul Razak Research Centre, Hertford terima kasih pada Abg Imran, Kak Zuraifah sebab tumpangkan kitaorang ke sana (mula-mula ingatkan drive asing2..hee) perjalanan lebih kurang 30-40 min dari Egham nak masuk exit ke Hertford itu, plus masa tu plak jalan kedua2 arah jammed.. abg Imran kata harini ada game team Manchester, so berpusu2 lah rakyat yang gila bola nak ke sana..
ok..sampai kat sana je, saya dah mula teruja why? sebab nampak bendera Malaysia berkibar dengan megahnya kat tiang bendera depan main building dan kebetulan gak lagu jalur gemilang tengah on-air..haha bangga jap! sementara abg Imran dan family nya berborak2 ngan satu family Malaysia ni, saya dan suami pun buat hal sendiri
banyak gerai2 makanan malaysia ada kat situ.. dah lama tak bau makanan macam bau kat pasar malam tu.. ade bau ayam percik, char kuey tiau, roti canai, campur2 la.. hoho
dipendekkan cerita kami beli macam2 quarter pounder burger ala malaysia, char kuey tiau, air cendol, roti jala, otak2, en. suami dapatla hilang kempunan die nak nasi kerabu..huuu tapi yela kan..kite di tempat orang rasanya tak sama dengan rasa di tempat sendiri rempah maybe ade yang pakai paste je.. dan harganya..ummpph! mahal! p/s: untuk pengetahuan semua, kebanyakan gerai yang buka kat situ mostly dari restoran melayu di London
kepada ahli keluarga yang baca blog ni.. :) qila dapat sambal tumis petai kat sini..hehe.. 1 bekas take-away = 4 pound! ala..beli skali je..nak rasa pasni tak moh beli dah! lagi sedap masak sendiri..
kat sini, barula nampak betapa ramainya Malaysians yang bertapa kat UK nih.. ade yang dah beranak pinak, yang single2 pun ada ngan group masing2 ade yang qila baru jumpa macam anak saudara dekan fakulti saya kat UMT tu.. n surprisingly, i also met kak Malinna Jusoh! she has been working as part of the organising committee untuk event tu.. :)
selain gerai2 makanan malaysia, ade juga persembahan budaya dari pelbagai kaum Malaysia kat stage depan mail building ramai orang putih duk lepak situ untuk tengok performance saya dan en. suami pun duduk gak sambil tengok performance, sambil makan..hee
Posted by
A.k.i.r.a ~ c.h.a.n |
Sunday, August 9, 2009
selamat pagi UK, selamat petang Malaysia! sekarang baru pukul 8.45 pagi waktu Egham pagi ini sangat mendamaikan cik matahari pun dah terbit saya boleh nampak burung2 keluar dari sarang terbang melintas tingkap bilik saya (kalau sesiapa dah tengok gambar bilik saya sure tahu macam mana bentuk tingkap berhadapan meja lappy saya dalam bilik tu~ hehe) sudah sejam saya duk kat meja ni.. baru je siap buat notes pasal visit ke Windsor Great Park pada Jumaat lepas untuk diceritakan kepada mr. sv esok. kalau nak tau pasal lawatan itu, sila masuk ke jurnal saya yang lagi satu..heee.. link di sini ye?
bile tengok calendar, dah 9 hari saya tinggal di sini cepat je masa berjalan dan dalam masa 9 harini, macam2 pengalaman yang saya dan hubby dapat of course lah banyak bende baru kene blaja dan mistakes itu adalah lumrah! haha
1.cakap pasal shopping kat tempat saya ni, kalau nak shopping terutamanya groceries leh gi ke pekan Egham coz kat sana ade Tesco Metro. kalau naik bus tak sampai 1o minit dah sampai dari Vic. Street ni.. harganye lebih murah daripada tempat lain. selain Tesco, saya dah gi ke Sainsbury, satu lagi supermarket dekat Staines. pun kene ade kenderaan sebab jauh skit.. kalau nak beli daging/ayam halal, saya dan suami pergi ke Slough, perjalanan naik bas dalam 20 minit. kat Slough banyak makanan halal yang dijual; kebab, Nando's, ayam goreng, nasi beriyani, roti canai, banyakla.. ade juga beberapa kedai runcit yang jual barang2 dari Timur Tengah.. senang nak beli barang.. :) cuma beratla skit nak angkut barang bawak balik sebab kitaorang belum ade kereta..insyaAllah coming soon.. :) satu lagi tempat nak dapat barang murah adalah di carboot.. of course barang second hand, tapi kalau pandai pilih, u'll get the finest stuff similar to the new one.. saya baru dapat gi skali tu pun abg Rosli dan wife die ajak. barang2 kat situ boleh dibeli dengan harga 1 pound ke bawah tau! kalau pandai bargain u can get more than one stuff for a pound! (jeling kak Mulia-isteri abg Rosli..heee)
2. Pengangkutan kenderaan utama kami adalah bus bernombor 71 & 441..kadang2 malas jalan kaki ke kampus, saya naik bus je.. hekhek.. tapi dalam masa dua minggu ni, kami diberi kepercayaan untuk menjaga kereta abg Rosli coz die dan family on tour to Europe! 8 negara beb! jeles giler saya denga..n the cost was only 500 pounds seorang! (include everyday meals).. next year turn saya dan suami pulak gi jalan! so, back to the car again, abg Rosli kata "gi la jalan2 gune kereta tu..jangan risau, en. tomtom ade..(gps). asalkan jangan speeding dah la..sini saman mahal".. dan semalam, en. suami telah memandu pulang kereta itu semalam dengan jayanya lepas kitaorang hantar abg Rosli kat Central London.
3. Rumah sepertimana sume orang dah tengok..itula rumah saya. tingkat plg atas skali; di loteng. sangat cool! cozy dan ruang die besar lebih dari apa yang saya jangka.. dapur saya dah lengkap dengan oven, microwave, dapur elektrik, pengering pinggan mangkuk, fridge, washing machine dengan drier.. dan penyewa sebelum ni pun banyak tinggalkan peralatan elektrik die macam tv dan vacuum..thanks ex-tenant! :).. FYI, kawasan Egham ni boleh tahan dekat juga dengan Heathrow airport..jadi setiap hari banyakla kapal terbang melintas di laluan udara rumah kitaorang ni.. so need to get used to it.. well, kat tingkat bawah blok rumah saya ni adalah barisan kedai..ade kedai jual pizza, chinese restaurant, souvenire shop, saloon, kedai baiki kasut, interior design shop dsb. tapi harga die buleh tahan mahal gak! dan tak jauh dengan blok ni ade bar~~ not sort-of-modern-type bar, but more into country's bar.. tiap2 petang menjelang malam, riuh gak bar tu.. so takla sunyi area ni.. )(dun worry, saya dan suami tak keluar malam)
4. uni dan research study uni saya cantik, kecil dan hijau! saya suke..perjalanan dari main gate sampai ke office lebih kurang 10 min jalan kaki. skarang masih dalam summer break jadi tak ramai orang. saya sangat bertuah sebab office saya bersebelahan dengan library je dan tak jauh dengan mini mart. ade juga makanan halal spt kebab dan pastri dijual kat situ..:) dalam 9 hari ni juga, saya dah dapat tugasan dari en.sv dan dah pun jalan2 tengok study site kat Windsor..
5. central London saya dapat peluang ke central London sebab gi hantar abg Rosli dan family die untuk tour ke Europe. takdela berjalan2 cuma dapat tengok dari dalam keta je.. dapat tengok Natural History Museum, Harrod's dan lalu di kawasan ala-ala elite gitu.. we'll go next time la.. maybe by train..
6. keluarga we're connected thru Skype! dan juga blog ini.. hehe dan kadang2 saya tepon je terus kalau nak denga suara family. maaf ye, saya dah tak guna no maxis saya lagi. kadang2 je bukak nak check msg.
7. loghat saya ke'blur'an bile mula2 sampai dan bercakap dengan orang putih ini..sangatla pekat dialeknya.. mula2 tu sampai kene minta die repeat balik.. haha..
8. matawang saya sedang mencuba sedaya upaya untuk ingat bentuk syiling di sini. diaorang ade dari 1p, 5p, 10p, 20p, 50p, 1 pound dan 2 pound.. masa nak bayar duit tambang bas la yang kene guna syiling..jadi untuk tidak buang masa driver tunggu saya tengok coins mana nak gune, saya dah siapkan tambang awal2 dari rumah.. that's better! takpun bayar gune duit kertas..hee
Posted by
A.k.i.r.a ~ c.h.a.n |
Sunday, August 2, 2009
31 Julai 2009
Penerbangan kitaorang dijadualkan pada 2340 dan kami bertolak ke KLIA dari Rawang dalam pukul 5.30 ptg dan sampai ke KL jam 7 lebih. Di sana, ayah, mak mertua dan abg ipar dah tunggu kedatangan kitaorang. Saya dan suami terus pergi ke wrapping service untuk buat security wrap untuk semua luggage kitaorang. Lepas tu, kitaorang terus ke kaunter F untuk check-in luggage. Majoriti yang line up kat situ semuanya white people. Lepas turn kitaorang untuk check-in, rupanya luggage kitaorang terlebih 9 kg! Saya panik jap.. ampeh nye penimbang kat umah.. kakak yang jaga kaunter tu cakap kene release barang ni kalau nak bagi ngam2.. masa tu angah, kakak saya pun ada kat situ, die ni pandai meng’adjust’ hal2 cam ni..so die pujukla kakak tu.. saya pun ada cakap yang saya dan suami ni first timer to UK dan nak gi study plak tu.. kakak kaunter tu pun kata “owh, yeker..boleh je kasi lebih, tapi 9 kg tu obvious sangat dik”.. saya tanya kakak tu berapa bayarannya kalau kite still nak send sume..die kata “mahal dik, rm14xx”..aiyo..mahu tak mahu saya kene keluarkan satu kotak yang berisi rice cooker. Bile dah buang kotak tu, ade 5 kg lebih lagi. tapi luckily kakak tu kata “kira lepasla ni..” Alhamdulillah… kak ngah saya pujuk lagi kakak tu kalau kotak rice cooker leh masuk skali.. macam rugi la kalau tak dapat masuk sedangkan kotak dah siap wrap dan dah ada address lagi. kakak tu later came out ngan satu lagi solution..die pesan kat kitaorang supaya tunggu dekat ngan die. Kalau die lambai, die suh kitaorang bawak kotak tu untuk bagi die.. Alhamdulillah..syukur sangat2 bile kakak tu cakap camtu..
Sementara tu, saya dan family gi makan kat food court tingkat 2 terminal. Masa tu saya dah rasa sayu sangat2..jap lagi saya dan suami akan pergi tinggalkan keluarga. Maka kami pun mkn sambil borak , gelak2 dan mama, ayah, ma ngan pa ada bagi nasihat kat kitaorang supaya jaga diri masing2 dan satu sama lain. Saya pun sempat makan nasi berlaukkan rendang dan sayur campur masakan mama. Unfortunately saya makan skit je sebab tak lalu makan. :( . Lepas makan, saya dan kak ngah gi balik ke kaunter tempat kitaorang check-in tadi. Masa tu saya nampak kakak tu tengah uruskan boarding pass 2 orang perempuan British. Pastu die lambai kat kitaorang.. die cakap “ korang pegi mana td..i cari u all tau” kak ngah bgtau la yang kitaorag pergi makan. Pastu die cakap “mintak kotak tu..saya tumpangkan kotak awak ni sekali ngan luggage 2 org perempuan tu tadi ek..luggage diorang tak sampai limit”..dalam hati saya dah happy giler.. Alhamdulillah, Allah tu Maha Pengasih.. sebagai tanda terima kasih, saya belikan die choc bar sebab tolong saya.. die pun terkejut dapat choc tu dan cakap terima kasih. Die pesan suh ingat muka die kalau lain kali kitaorang nak send barang..hehe..thank u kakak kaunter! Settle~ lepas tu saya habiskan masa bersama keluarga dan kemudian pukul 10, saya dan suami bersalaman & berpelukan dengan keluarga.. sedih jangan katala..i’ve never been apart for such a long period dengan family..jauh pulak tu.. bile turun elevator nak ke imigresen, sume orang lambai dan tunggu saya dan suami masuk ke dalam. Bile dah tak nampak diorang saya rasa sedih sangat. En. suami peluk saya kuat2 dan pujuk yang die ade sebelah saya dan saya kene kuat semangat.. kami naik aerotrain menuju ke international departure terminal.. kami masuk gateC26 dan tunggu di lounge sebelum gate dibuka untuk masuk ke dalam plane. Kebil2 mata tengok kiri kanan depan belakang sumenya strangers, Malaysians adela dalam 4-5 orang je.bangga jap.hee. flight malam tu penuh. Saya dan en suami dapat seat belakang next to each other. Masa take-off, papa genggam tangan saya kuat2 dan cakap “ mama, kite akan start hidup baru di tempat orang, papa ada dengan mama tau!” sangat terharu masa tu.. :) n the plane flies away..