cuaca kat luar cerah dan berangin
petanda hari yang baik sepanjang hari..insyaAllah
sementara en. suami bersiap untuk pergi solat raya
saya pi gosok baju melayu dan pasangkan butang baju melayu untuk cik abg tu..
1st time beraya dengan si dia buat saya happy dan excited
walaupun jauh dengan family, tapi saya bersyukur sebab ada die di sisi (feel jap!)
pastu saya ke dapur panaskan lauk rendang, kuah kacang dan rebus ketupat segera
sempat lagi pasang takbir raya kat youtube.. :)
sementara en. suami pergi solat raya ni
sempatla berblogging jap
nak attach gambar live ber'skype'ing dengan family masa malam raya di Rawang
boboy (my lil brother) punyela semangat pasang camera kat TV 42" umah tu sampai sume pakcik2 yang datang takbir semalam dapat tengok muke kitaorang dengan clear nya!
but it was fun!
mama dan ayah dengan bangganya dapat tengok kitaorang yang masih berpuasa di london ni dan sempat tunjuk lauk raya lagi! uwaaaa.. saba jela..

event malam tadi - majlis buka puasa dan takbir.. kalau tak silap first time buat di Egham di kalangan Malaysian. si suami2 dok takbir dengan khusyuknya, si isteri2 plak jadi photographer/videographer kat tepi pintu..hehe.. dok snap snap tapi mulut masih ikut bertakbir tau! wuwu.. dikelilingi kaum ibu dan anak2 mereka membuatkan saya rasa nak ada baby juga time tu.. (apekah?)..insyaAllah waktu itu akan tiba juga.. :)..insyaAllah.. lauk pauk berbuka sangat sedap.. ade tempoyak colek lagi..auw!
ini sahaja liputan untuk pagi hari raya di Egham
nanti qila update lagi k?
salam lebaran!