Header

Header
Akira~Chan

Jalan-jalan Windsor

6
| Tuesday, September 29, 2009

Today
no class
jadi mengambil keputusan untuk jalan2 bersama mr. hubby

Lokasi: Windsor
dekat je dengan Egham, dalam 15-20 min bus trip
FYI, Windsor adalah salah satu tourist spot di bahagian barat London ni

Apa yang ada kat sini?
1~ Windsor Castle
2~ Royal Windsor Wheel - the biggest portable wheel in the world
3~ Theatre Royal
4~ Windsor Riverside Cruise (River Thames)

jom tengok gambar!


qila depan Windsor Castle

sempat shopping fridge magnet kat sini



another shopping spot


cute kan?
mr.hubby said he definitely buy this later for his collection



entrance ke Windsor Castle


expensive shopping area kat situ


tu ha...

my sayang.. :)




Theatre Royal


another castle view


jalan-jalan naik Windsor Land Train
3 pounds untuk return journey


AidyAqila ~~


Royal Windsor Wheel

River Thames


souvenire.. knights are everywhere!

we bought this!





Kelebihan dia, kesukaan saya! ~~ ♥♥

6
|



angah, abg aidy dah berjaya buat lasagna!
yummy!!

back to school!

9
| Friday, September 25, 2009



my college card.. finally!



the timetables for this autumn




this the content of the parcel that i've mentioned before.. :)


new term has come + new spirit + raya mode + japanese food

0
| Tuesday, September 22, 2009

minggu ni adalah minggu pertama semester musim luruh di RHUL
jadi sudah mula ramai student kelihatan sekitar kampus
rumah2 kosong sudah mula terisi dengan penyewa2 pelajar
dan Egham mula riuh
ehem..Victoria Street sebenarnya yang mula riuh
memandangkan saya mula daftar masa cuti semester musim panas lepas,
jadi first time juga menikmati 'kemeriahan' pelajar2 yang baru datang ini..
part yang best adalah suasana happening yang mula dirasai di sekitar pekan Egham dan kampus
ramai juga international students di sini
part yang tak best nye, bila setiap malam, bar yang berhampiran rumah sangatla bising dengan budak2 muda yang berjoli2an..nasib baik tak forward sampai ke midnight

esok, saya akan ke kampus untuk amik college card
lepas tu nak jumpa mr. sv kasi progress report on sampling dan database,
lepas tu, lepak kat lab kejap dan lepas tu balik rumah
patutnya pergi siang tadi
tapi tiba2 demam plak hari ini

ouh..pasal raya
kat sini, raya pertama je yang happening
second day, third day dah tak rasa dah
mode raya sudah kurang
so..sekarang mode untuk belajar semakin bertambah :)
tapi time makan kene adjust skit sebab perut masih tak biasa untuk rutin makan yang normal
sebab dah terbiasa makan pagi2 buta (sahur) dan kemudian makan masa Maghrib
jadi tiada makan tengah hari, as for now la
which is the good side of fasting!

dah lama saya tak sebut sesuatu pasal jepun kan? hehe
well..sekarang ni saya tengah tunggu parcel dari London
ada apa dalam parcel?
tentula sesuatu berasaskan jepun di mana saya boleh membuat makanan jepun kegemaran saya di bumi Egham ni!
tak sabar juga nak guna bento box yang saya beli dari Jepun (dibawa dari Malaysia lagi)
weeeee...
nanti saya update lagi pasal ni k?

1st raya in London wasn't so bad...

6
| Sunday, September 20, 2009



suami~ nak pergi sembahyang raya





























gambar2 di Rumah Malaysia, 1 Templewood Gardens, London


pagi raya

5
|


cuaca kat luar cerah dan berangin
petanda hari yang baik sepanjang hari..insyaAllah
sementara en. suami bersiap untuk pergi solat raya
saya pi gosok baju melayu dan pasangkan butang baju melayu untuk cik abg tu..
1st time beraya dengan si dia buat saya happy dan excited
walaupun jauh dengan family, tapi saya bersyukur sebab ada die di sisi (feel jap!)
pastu saya ke dapur panaskan lauk rendang, kuah kacang dan rebus ketupat segera
sempat lagi pasang takbir raya kat youtube.. :)

sementara en. suami pergi solat raya ni
sempatla berblogging jap
nak attach gambar live ber'skype'ing dengan family masa malam raya di Rawang
boboy (my lil brother) punyela semangat pasang camera kat TV 42" umah tu sampai sume pakcik2 yang datang takbir semalam dapat tengok muke kitaorang dengan clear nya!
but it was fun!
mama dan ayah dengan bangganya dapat tengok kitaorang yang masih berpuasa di london ni dan sempat tunjuk lauk raya lagi! uwaaaa.. saba jela..


event malam tadi - majlis buka puasa dan takbir.. kalau tak silap first time buat di Egham di kalangan Malaysian. si suami2 dok takbir dengan khusyuknya, si isteri2 plak jadi photographer/videographer kat tepi pintu..hehe.. dok snap snap tapi mulut masih ikut bertakbir tau! wuwu.. dikelilingi kaum ibu dan anak2 mereka membuatkan saya rasa nak ada baby juga time tu.. (apekah?)..insyaAllah waktu itu akan tiba juga.. :)..insyaAllah.. lauk pauk berbuka sangat sedap.. ade tempoyak colek lagi..auw!



ini sahaja liputan untuk pagi hari raya di Egham
nanti qila update lagi k?
salam lebaran!

raya event

4
| Friday, September 18, 2009

petang esok, nak masak rendang daging, rebus ketupat ngan ketupat palas, masak kuah kacang skit.. bagi feel raya skit.. :)

malam esok (insyaAllah malam raya), saya dan suami akan bertandang ke rumah Kak Maswa dan Abg Zamri untuk berbuka puasa dan menunggu pengumuman hari raya sebelum bertakbir beramai-ramai
Alhamdulillah, tak dapat join family Malaysia bertakbir malam raya kat rumah, at least dapat dengar takbir raya di sini.. sob!sob!
Plan nak masak daging masak kicap ngan sambal untuk buah tangan

lusa - (inysaAllah Hari Raya), ramai keluarga yang nak pergi ke London untuk rumah terbuka Hari Raya di HiCom selepas solat Aidilfitri. Memandangkan kereta takde insuran lagi, kenela menumpang sesiapa yang sudi menumpangkan nanti. sedih je ayat kan? huhu..





Raya greetings

6
|



Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin buat:

♥ Keluarga di Rawang: Mama, Ayah, Along, Abang Shahrul, Angah, Boboy, Aiman, Shasha girlfriend Boboy (insyaAllah going to be part of the family) ♥


♥ Keluarga mentua di Losong: Pa, Ma, Kak Mek, Abg Mir, Abg Mil, Kak Long, Kak Ayu, Abg Arif, Epi, Jiha, Nana, Mok, Cik De dan family, Kak Izan dan family etc ♥


♥ Saudara-mara di Rawang, Ulu Yam ♥


♥ Rakan-rakan sekerja di Universiti Malaysia Terengganu (wherever you are guys..) ♥


♥ Ex-classmates MSc Conservation Biology 08' UKM ♥


♥ Ex-classmates BSc Applied Science (Biodiversity and Conservation) 07' UMT ♥


♥ Ex-Asasian 04' UM ♥


♥ Ex- Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu (SMKKKB) 98-02' ♥


♥ Ex-Sekolah Rendah Kebangsaan (2) Kuala Kubu Bharu 92-97' ♥


♥ Tak lupa juga buat rakan-rakan blogger yang selama ini menyokong blog Akira~chan..too many to list.. you know who you are ppl! Hugs! ♥



♥ Keluarga Malaysia di Egham, Surrey: Abg Rosli dan family, Abg Imran dan family. Kak Maswa dan family, Kak Izan dan family, Kak Ewin dan family, Kak Linda dan family, Kak As dan family, Amy, Kak Asmah dan family etc. ♥



"Maafkan segala salah dan silap saya dan suami seandainya pernah terguris hati, tersilap kata.. Semoga Aidilfitri tahun ini memberi kegembiraan dan meningkatkan kesyukuran kita kepada Allah SWT. Yang masih ada diraikan, yang telah tiada didoakan"



Salam ingatan dari Aidy & Aqila, Egham, Surrey, UK

Dialah segalanya tempat berserah

0
| Friday, September 11, 2009

Tuhan itu Maha Adil
dengan izinNya aku ditempatkan di tempat yang jauh
jauh dari ibu bapa dan keluarga
tapi dengan izinNya juga aku ditemani oleh suamiku tercinta


Tuhan itu Maha Pengasih
Dia tahu aku rindukan keluarga
dengan izinNya juga, aku mengenali ramai saudara seagama
yang rajin menasihati dan tidak lokek pertolongannya
membuatkan aku ceria seketika
hilang sunyi dan mula ceria

Terima kasih Tuhan
Alhamdulillah

~~~

kuruma,dolls dan jemputan berbuka puasa

10
| Wednesday, September 9, 2009

1. kuruma

kuruma = kereta dalam bahasa jepun. sudah beli kereta minggu lepas, tapi tak bawak secara berleluasa sebab masih belum beli insuran...hehe. kereta ni jenama Renault, automatik dan jenis MPV.




2. dolls

berjaya menambah koleksi dolls..di samping itu dapat beli display case momiji dengan harga berpatutan.. weee












en. suami jeles sebab die takde doll, jadi botol deodoran Nivea ni jadi mangsa! hikhik!
3. jemputan berbuka puasa
harini dapat call dari Kak Maswa dan dijemput berbuka kat rumah die esok. hrmm.. nak bawak buah tangan ape ye? popia lagi? roti jala? salami with cheese tart? sambal kentang? uuu..perut suda lapar!!


september

0
| Tuesday, September 8, 2009

yeah, bulan september 2009 adalah bulan yang mulia pada kita, umat Islam
tapi bagi rakyat amerika, adalah bulan di mana genapnya 8 tahun peristiwa hitam tragedi "11/09" berlaku
kalau kat Malaysia, maybe tak berapa serious sangat pasal issue ni.. memula dulu kecohla skit,
orang Islam disekat masuk ke US, kawalan ketat, orang yang disyaki ditangkap dan disoal siasat
macam2 la.. lama2 tu dah tak kedengaran dah pun

tapi kalau kat sini, stesen tv siap paparkan drama pasal tragedi ni lagi
yela, berapa hari lagi dah nak sampai 'tarikh' tu kan..
qila dapat tengok cerita United 93, kisah pasal salah satu kapal terbang yang di'hijacked' orang Islam yang mensasarkan White House sebagai target..
pastu tengok dokumentari "102 minutes that changed America" yang merupakan himpunan video2 yang diambil dari orang ramai yang merakam tragedi itu dari pelbagai angle dan pengakuan individu yang menyaksikan pesawat2 melanggar bangunan WTC tu..

masa duk kat tanah air dulu, tak amik peduli pun hal ni
bila duk sini, barula tau sedikit sebanyak fakta pasal tragedi ni
rupanya ada 4 kapal terbang yang di'hijacked', tetapi hanya 3 yang berjaya mengenai sasaran (the twos that hit the WTC building), satu lagi berjaya rempuh bangunan Parlimen, rasanya..
yang lagi satu pesawat tak berjaya mengenai sasaran dan terhempas dan meletup kat Pennysylvinia (cerita dari United 93)

lagi satu dokumentari adalah berkenaan panggilan telefon terakhir yang diterima ahli keluarga dari mangsa2 kapal terbang yang di'hijacked'
sangat sayu dengar cerita diaorang
u can imagined how'd they really felt when their family members called and said goodbye to them before they died

macam2 qila rasa bila tengok all those dramas and documentaries
tapi peristiwa tu dah pun berlaku kan?
apa yang kita mampu lakukan adalah berdoa untuk keselamatan diri sendiri, keluarga dan orang di sekeliling kita
dan memohon kepadaNya supaya dijauhkan diri daripada perkara2 yang tidak baik

mode: happy (photos)

5
| Monday, September 7, 2009











 

Copyright © 2010 Akira~chan Blogger Template by Dzignine | Header Illustration by Emila Yusof