Header

Header
Akira~Chan

hampir setahun melayar bahtera

8
| Thursday, February 25, 2010

pejam celik pejam celik dah nak hampir setahun saya bertukar status! hehe
6 Mac ni genapla setahun saya dan suami hidup bersama
ditambah lagi tinggal berdua di negara orang
Alhamdulillah kami survived!

mesti orang tanya dah setahun kahwin tapi takde baby lagi?
pada orang yang memahami status saya belajar ni, bagusla
pada orang yang tak faham tu, i malas nak layan u all la
tapi saya dan suami takkan menolak rezeki..kalau ade terima dengan hati terbuka :)
kalau ada pape, korangla yang terawal saya akan bgtau (selain family lah..) ok?

doakan kebahagiaan kami hingga akhir hayat
Amin~
Aidy Shahril, aku cinta kamu!!
ayo cepat! katakan Aidy juga cinta sama Qila! (tiru ayat Eiffel, I'm in Love!)
hehe



p/s: Happy Anniversary to mama n ayah! 3/3/2010.. love you guys so much!



selamat hari minggu!

7
| Sunday, February 21, 2010

we haven't been anywhere this weekend, just duduk rumah aje
buat keje2 rumah, memasak, surf Internet, buat database analysis dan update blog
:)
apa bfast kitorang pagi Ahad ni?


hehe..sekarang, saya dah mula berjinak2 dengan cereals for breakfast.. terpaksa! sebab saya lagi suke amik heavy meals untuk bfast macam nasi..yelaa..duk tganu kan slalu dihidang dengan nasi minyak, nasi dagang, macam2 nasila... duk sini kene kurangkan makan nasi.. tambah lagi musim sejuk ni~

lepas melawat facebook jap tadi, pergi ke dapur menjengah suami.. senyap2 je die kat situ..ingatkan tengah breakfast, rupenye tengah menguli doh roti canai!!
waaah! bukan main lagi suamiku itu!
:)
tak sabar nak makan roti canai hasil tangan en. suami petang nanti!
weee...









nak kene masak kari skit ni
baru power!
:)

Disneyland Paris Day 3

4
| Wednesday, February 17, 2010

It’s day 3 at Disneyland Paris = last day. That day’s mission was to accomplish mana2 tempat yang kitorang tak sempat pergi masa day 1 haritu. That morning, kitorang tak naik Disney bus, tapi naik van skali ngan family Abg Zamri. We tot that it’s gonna be faster than the bus ride, but unfortunately, kenderaan peribadi kena masuk entrance lain dan punyela jauh... instead of dapat early pass at 8 am, we ended up masuk sama macam orang lain – 10 am. But that’s ok..sebab kitorang dah berpoya2 banyak tempat 2 days before. Hehe..




can you see the queue? hrmm..

antara tempat yang kitorang pergi adalah Studio Tram Tour dan menonton Stunt Show Spectacular. Dua2 tempat ni @ Walt Disney Studio Park. Kepada sesiapa yang nak melancong ke Disneyland, tak kirala peak season atau slow season, takleh merungut kalau beratur panjang cause it's a norm, u know.. kene banyak sabar.. saya suggest bawakla bekal ke, ipod ke atau borak2 ke untuk menghabiskan masa beratur tu..huuu







sebelum balik, saya sempat bergambar lagi dengan berlatarbelakangkan Sleeping Beauty Castle.. buat kenangan.. :)



tempat terakhir dituju sebelum balik - Disney Village.. area ni luar daripada Disneyland Park dan Walt Disney Studio Park. Tapi sebelah-menyebelah je. Kalau nak shopping souvenire, this is the right place. Kat sana ada kedai Disney terbesar dan memang logikla kalau perasaan rambang mata tu ada..hehe



sempat lagi naik Panoramagique - ala2 hot air baloon dalam Disney Village tu.. memang saya dah simpan hajat nak naik baloon ni awal2 lagi..akhirnya terkabul juga hajatku itu..Alhamdulillah..yang syoknya, hanya saya dan suami aje yang naik untuk sesi kitorang tu.. yang lain kene tunggu next session plak.. yippy yeay!




pukul 5.30 petang waktu Paris, kitorang bertolak balik menuju ke Eurotunnel Paris. Happy!!



sekian sahaja untuk jurnal Disneyland Paris saya.. :) kalau saya pergi jalan2 tempat lain, jurnal baru akan menyusul kelak, wokey?

---/---@

8
| Sunday, February 14, 2010

we just had a romantic dinner at Jimmy Spices Wold Buffet Restaurant at Staines
dapat pulak table for two mengadap River Thames
auww...

masa tengah makan tadi, tetiba waiter datang dan bagi red rose dekat en. suami
lepas tu cik abg tu pun bagila rose tu kat saya..
skali lagi..auww!
:)

nama pun buffet restaurant, so kitorang tryla makanan yang ada (yang memenuhi selera tekak ni)
ada makanan ala Chinese, Indian, Italian dan Thai's
ada yang OK , ada juga yang so-so

kesimpulannya kami balik dengan perut yang penuh
tapi kalau ayah, angah ngan boboy ade kat sini mesti lagi best
sebab kalau bab bufet ni, diorang memang takkan menolak!
kan?

hehe

14 February 2010

1
|

it's V-day today!
for those who are celebrating this year, Happy Valentines Day!
kitorang?
biasa2 jer..
sebab everyday is our romantic day!! hehe
tula manisnya kalau masih berdua
tapi kalau dah bertiga nanti, saya rasa tentu manisnya lebih berganda2 lagi kan?
*wink*

but we have already planned something romantic for today
nak tau ape?








tunggu.....
:)

Disneyland Paris Day 2

4
| Saturday, February 13, 2010



Heya, back to business again. Sorry lambat post entry Disneyland ni. This week has been pretty busy, not just me, my hubby pun kene dragged sama in most of the events. Helping friends, training course, working on manuscripts bla..bla.. finally, harini baru boleh bersantai, baca journal, do some writings kat rumah... heaven!

Ok, back to the 2nd day trip to Disneyland, kitorang spent the entire day at Disneyland Park. This park is much bigger than Walt Disney Studio Park as it has 4 different theme parks; Frontierland, Adventureland, Fantasyland, and Discoveryland and a main street called Main Street USA. In the middle of the park tula terletaknya Sleeping Beauty Castle yang merupakan mercu tanda Disneyland ni. We weren’t lucky enough to get into the castle as it was under construction. Probably akan beroperasi semula spring atau summer nanti.. nevermind lah!

Di Frontierland, most of the landscape were characterised by country and cowboy-type of place. Kat situ, saya masuk The Phantom Manor (rumah hantu), Big Thunder Mountain (runway mine train), Pocahontas Indian Village dan menonton Mickey’s Winter Wonderland @ The Chapparal Theater.

Moving on to Adventureland, kat sini banyak tempat2 tumpuan golongan dewasa sebab banyak thrilled activities to join to like high speed Indiana Jones mine car dan Pirates of Carribean adventure cruise. Sebenarnya takla thrill sangat pun..huhu

Fantasyland – tempat budak2 perempuan suke kot. Dalam map pun dah tunjuk kaler pink, dan nama pun fantasyland kan.. saya tak spent banyak masa kat sini.. cume beratur panjang untuk naik must-take Peter Pan’s flight, naik pirate ship masuk ke Never Land.

Kitorang spent banyak masa kat Discoveryland sebab banyak recommended places kat sini. Antaranya Buzz Lightyear Laser Blast (naik kapal Buzz Lightyear dan tembak orang jahat di tepi2 laluan kapal), Star Tours ( boarding a spacelight simulator), Space Mountain (naik spinning rocket-powered roller coaster) dan Autopia ( drive Ford car atas track)..

Saya dah puas cerita..meh tengok plak!





Main Street USA




Sleeping Beauty Castle




@ Fantasyland


@ Frontierland




one of the restaurant @ Adventureland



sempat tengok Mickey's Winter Wonderland live on theater




The Ghost House





SCARY!!



best2!



bye bye kak Asma!

5
| Wednesday, February 10, 2010

kawan2, minta maaf ye, saya memang takde mood nak cerita pasal Disneyland holiday tu harini
sebab hari ini saya dah kekurangan seorang lagi kawan di bumi Egham ni
die bukannya meninggal dunia ye, tapi dah balik Malaysia for good
Kak Asma berjaya menghabiskan PhD beliau selama 3 tahun 3 bulan je kat sini
extra 3 bulan tu pun untuk attend viva dia
i am very proud of her
dalam 2 hari before die balik ni, saya dan suami lepak kat umah die la (sambil tolong kemas barang dan terima barang sedekah...hehe)
banyak nasihat dan tips yang die berikan pada saya dan suami untuk go through life kat UK ni
lagipun among Malaysians kat sini, hanya saya ngan die jela wanita yang berkeluarga datang study kat sini, the rest semuanya lelaki

pagi tadi sempat hantar Kak Asma dan family nya ke Terminal 4 Heathrow
sayu je rasa
time tu rasa nak ikut balik jugak pun ade
tapi saya tau, perjalanan saya masih jauh
saya akan jadikan die sebagai motivasi dan inspirasi saya untuk dapatkan PhD kat sini

nasib baik ada en. suami
bolehla peluk untuk legakan hati yang gusar ni
~~

Bienvenue a Disneyland Paris! Day 1

8
| Tuesday, February 9, 2010



Heya folks! As promised, here goes my liputan while I was gone to Paris for 3 days. It was blasts! Memang rasa macam duk fantasyland la kat sana. Terlupa plak yang diriku ini dah nak masuk 25 dah. But. Who cares kan? As long as I’m happy n enjoying myself, itu lagi penting.

Well, kitorang stay di Santa Fe, one of the Disney Hotels in Disneyland Paris and the most important thing, hotel paling murah di situ..huhu..tak mampu amik hotel lain sebab harga die boleh capai harga sama dengan elaun 3 bulan yang saya dapat dari KPT ni..ehehe.. yang bagusnya stay di Disney hotels adalah once you booked the hotel, you will automatically received the ticket to enter Disneyland. Plus, you also receive easy-pass untuk membolehkan kite enter Disneyland 2 jam lebih awal daripada visitor lain. Best kan?

First day, sangat bertuah sebab boleh check-in hotel awal pukul 9 pagi. Dah dapat kad bilik, lagi tambah happy bile nampak mascot character Mickey datang untuk sesi fotografi dekat lounge hotel. Tanpa mengira usia sendiri, saya pun beraturla di celahan kanak2 yang tunggu turn nak amik gambar tu..hehe.. lepas tu, photographer bagi slip no gambar kalau kite nak print gambar kite ngan Mickey tu… gumbira sungguh masa tu..

Hari pertama, tak banyak tempat yang dicover memandangkan kitorang baru dapat bilik dan amik masa untuk makan dan berehat, tapi takpe, still have another 2 days lagi.. FYI, Disneyland ni dibahagi pada beberapa kawasan utama; Walt Disney Studio Park, Disneyland Park, Disney Village etc. Tapi 3 tempat pertama tu memang sebelah menyebelah. Nampak je sebelah-menyebelah tapi setiap kawasan tu memang luas giler!

Kitorang mula dengan Walt Disney Studio Park dulu sebab nak simpan hari kedua untuk masuk Disneyland Park. Meh tengok gambar!





tercapai impianku nak amik gamba ngan en. tikus ni.. :p






met another Mickey!


Aladdin!

sempat menonton Disney's Stars and Cars parade




roller coaster paling extreme di situ!

to be continued....

ashita!

6
| Wednesday, February 3, 2010



パリに行くために待つことができない!
can't wait to go to Paris!



the reason i'm counting days!

8
| Tuesday, February 2, 2010


:)
 

Copyright © 2010 Akira~chan Blogger Template by Dzignine | Header Illustration by Emila Yusof