Header

Header
Akira~Chan

orchid show dan Harrods

4
| Sunday, March 21, 2010

semalam saya dan hubby off to London sempena orchid show anjuran Royal Hulticulture Society
dapatla melihat kegumbiraan terpancar di wajah hubby selepas dapat menatap orkid2 di pameran orkid tu
kesian die.. mesti rindu sangat die dekat orkid2 yang ditinggalkan di Msia tu
nanti kite cuti balik Malaysia k papa?
suami pun sempat snap gambar2 masa kitorang kat sana

sempat amik gambar kat telephone booth ni.. ramai orang suke amik gambar kat booth ni sebab die salah satu mercu tanda London, tapi bau die kat dalam, busuk tak hengat!



antara scene dalam Orchid show di Vincent Square, London

happy nye cik abg tu!! :)


tercapai juga hasrat hati nak masuk Harrods!



Harrods food hall




rasa macam kat Egypt jap! kat sini brand macam Burberry. Mulberry, Jimmy Choo etc. memang confirm ada jual






okla.. nak balik dah! tata!



sedap Raspberry cheesecake Harrods ni.. £2.96/slice .. beli satu je, buat alas perut on the way balik..hehe


plant-a-tree session

4
|

it is already spring
dan banyak retail outlet store yang dah promo garden tools dan juga plant seeds untuk ditanam sepanjang musim bunga hingga autumn nanti
saya dan suami juga taknak ketinggalan menanam pokok buah dan sayur
mana tahu ade hasilnya nanti bolehla keluar umah petik dan masak aje
:)


memandangkan kitorang masih tinggal di flat lagi, jadi kami gunakan propagator untuk tanam biji benih dulu..bile dah tumbuh seedlings baru akan dipindahkan ke dalam pot.. bagus method ni.. insyaAllah bile dah tumbuh seedlings tu, kitorang pun akan berpindah ke rumah baru..yang ade garden tu..huhu



propagator ni asalnya leper macam buah carom yang kite main atas carom board tu, tapi bile letak air panas, dengan automatiknya die akan membesar naik hingga 1-2 inci.. itula tempat di mana kite akan letak biji benih kite tu..


taraa.. untuk percubaan pertama ni, saya dan suami tanam tomato, daun bawang, capsicum ngan terung dulu.. harap2 dapatla merasa buah & sayur ni bile die dah tumbuh..

mama ratu hatiku

2
| Sunday, March 14, 2010

it's 14th March!
kat sini memang dah di clarified sebagai Hari Ibu
maka di sini qila nak ucapkan Selamat Hari Ibu buat mama tersayang dan ma (ibu mertuaku) yang diingati selalu
kasih sayang dan jagaan kalian akan sentiasa qila ingati
hanya Allah SWT yang dapat membalas segala jasa2 dan penat lelah yang telah ditaburkan demi membahagiakan anakmu ini
aduh.. tiba2 homesick plak!
:(

kalau korang nak tahu persiapan Hari Ibu di UK ni boleh dikatakan meriah juga
tapi takla semeriah nak menyambut krismas tu
tapi sana sini, banyak kedai2 souvenire esp kedai jual kad banyak buat promotion Mother's day card, harga pun murah2!
selain kad, ada juga jual Helium-gas balloons dan juga teddies for mums
tak kurang juga banyak restoran2 buat promosi murah2 sempena Mother's day ni
kalau kat Malaysia kurang kot mende2 macam ni..

whatever it is, appreciate your loved ones, especially your mum ok?
die dah melahirkan kita, membesarkan kita, berpenat lelah untuk kita
bile dah dewasa ni, cubelah bahagiakan dia dan jaga ibu (dan bapa) dengan ikhlas

i love you mama!!

my stick family generator :)

3
| Friday, March 12, 2010




My Stick Family from WiddlyTinks.com


alamak! nama Aiman tak muat masukla!
sebelah Boboy tu..nama die Aidil Aiman, baru 7 tahun..hehe
mak lang rindu Aiman lah!







shopping for fish!

5
| Thursday, March 11, 2010

pagi ni, saya dan suami bangun seawal jam 3.30 pagi dan bersiap2 nak pergi beli ikan
awal kan!
kat sini, kalau nak cari ikan betul2 fresh kene pergi fresh market
fresh market paling dekat ngan kitorang adalah di Billingsgate Market di Central London
market tu bukak jam 5 pagi dan hanya beroperasi beberapa jam je
lagipun kitorang kene rushing pergi-balik sebab nak elak congestion charge di jalan2 London
buat pengetahuan korang di bandar2 besar macam London, congestion charge atau tol akan dikenakan untuk jalan2 tertentu bermula jam 7 pagi dan charge die memang mahal


berbalik pada Billingsgate market, pasar ni memang jual semua jenis seafood
nak ikan apa, kecik besar, sea bass, scallops, flat fish, ketam, udang, sotong, ikan yu sume ada
bile tanya penjual2 tu, diorang cakap most of the seafood ditangkap dari kawasan belah2 Europe dan North Atlantic
tapi kalau nak beli, takleh beli seketul dua, kene beli 1 kotak atau ikut kilo

kalau beli kotak adela dalam 5-6 kg kalau timbang
jadi kitorang kene beli dan share ngan Malaysians kat Egham ni..tak muat nak masuk fridge kalau amik sume..huu
overall, telah menghabiskan hampir £200 membeli belah di pasar
maka lepas ni takyah beli stok ikan untuk 2-3 bulan..huhu
















sempat lalu dekat London Eye ;)



crossing London Tower Bridge on the way back




sayup2 Big Ben




20% daripada hasil tangkapan harini..ihiks!

what can you buy with £8 at Iceland

4
| Monday, March 8, 2010

jangan kau convert dalam RM sudahla.. memang tak berbaloi

kitorang kalau sekali pergi beli groceries memang suke beli £10 ke bawah
mesti orang kata tak logik kan, sebab memang tak cukup kalau nak buat stok seminggu
sebenarnya kitorang ni jenis suka keluar, so kalau keluar mesti nak beli something
minggu ni keluar beli stok breakfast cereals
minggu depan beli stok barang2 mentah plak
pastu minggu lagi satu maybe beli barang keperluan umah yang lain
sebulan skali plak beli stok daging ngan ikan
okla tu kan?



it felt like the wedding was just held yesterday..

7
|






unforgettable!


in remembrance of our 1st year wedding anniversary

8
| Sunday, March 7, 2010


oh..ini bukan sesi buat roti canai ye..
ini adalah salah satu aktiviti yang saya dan suami buat sempena anniversary kitorang yang pertama semalam, 6th March 2010
bermula dari bangun pagi, masing2 dah wish Happy Anniversary pada satu sama lain
we had light breakfast dan kemudian turun ke tingkat bawah kedai sebelah untuk buat aktiviti ni -- they called it squishing (tak sure betul ke tak spelling ni)
kepada yang tak tau lagi, sebelah kedai bawah umah saya adalah kedai craft n souvenire
di samping die jual cute2 stuff yang boleh tahan harganya, kedai ni juga ada service melukis clay plates, bowl etc, squishing act dan juga diorang jugak ada organise kids party
sangat chumel ok!

berbalik kepada aktiviti squishing semula
kami dah booking nak buat bende alah ni since last week lagi..sebab takut penuh
kedai memang slalu ramai orang esp weekend sebab ramai parents bawak anak2 diorang datang melukis kat sini..sonok kan?
plus we want to make it to be one of our memorabilias bile dah tua nanti..hehe

tuan kedai tu cakap kitorangla first adult couple yang buat aktiviti ni
kalau tak selalunya parents yang baru dapat newborn baby ataupun yang ada anak kecik je yang suke buat
sampai ade couple yang takde anak tapi ade petdog pun tepek skali tapak kaki pet die tu..huhu



well..inila die base yang diuli oleh tuan kedai untuk kitorang


let's squish!! weeee :)

Aidy & Aqila - 1 tahun! :)



tula..hasilnya!

next process adalah berbincang dengan tuan kedai nak design macam mana, nak tulis ape dan colour untuk plate kitorang nanti
lepas tu settle!
kitorang kene tunggu paling lama 3 minggu untuk plate ni siap
tak sabar rasanya! :)
nanti dah siap, qila tunjuk kat korang k?

lepas squishing, kitorang off to Slough untuk buffet lunch kat satu restoran halal ni
all-u-can-eat and just pay £7 per person
kenyang gile beb!
nanti mama ngan ayah datang nak bawak diorang datang makan situ la

itula aktiviti kitorang sempena ulangtahun perkahwinan pertama ni
nuthin' much but we really enjoy every moment
and it was fun though
semoga hari2 mendatang akan lebih ceria dan penuh kebahagiaan

p/s: Happy Anniversary my dear papa.. love you so much! xoxoxo



house viewing

4
| Friday, March 5, 2010

last 2 days baru je pos entry nak cari rumah
tup2 semalam dapat email dari estate agent untuk viewing rumah
so pagi ni, kitorang pun pergila ke rumah yang nak di'viewing' tu

hrmm..not bad!
end of terrace house, ade garden sekangkang kera kat depan umah
nampak ade garage tepi umah, rupanya garage umah orang lain..cis!
bagi saya umah ni dah cute dah..
tapi en. suami kata baru umah pertama..kene view banyak2 umah dulu, baru puas ati
yeah, he's right..that point's taken

esok, ade lagi 2 rumah nak viewing
jadi minggu ni akan jadi minggu viewing umah la..haha
takpe.. study task minggu ni dah settle, so.. amik masa survey2 rumah pulakla

well..ade sape2 Malaysian yang duduk sekitar2 Surrey (esp. Egham, Englefield Green, Staines, Ascot or Virginia Water) yang nak sewakan umah kat kitorang lehla hello2 kitorang ek?
:)


cari rumah sewa baru

5
| Thursday, March 4, 2010

mesti korang tanya nape nak pindah kan?

why? 
the answer is to look for better money and space
lagipun kontrak kitorang tamat bulan julai ni
rumah yang saya duk skarang ni adalah flat di tingkat 3 dan memang 'molek' aje untuk kitorang berdua ni
tapi masa musim sejuk, jangan cakapla! ketaq lutut ni ha..
kalau boleh nak duk kat ground property, ada garden sendiri (ciput pun okla), ada storage space dan biarla berbaloi-baloi! bak kata Amy Search tu.. huhu

living in london area, what more could u expect from the property kan?
kalau duduk belah up north sana nun, memangla umah lagi besar dan sewa murah..
so, sekarang ni dalam pencarian umah sewa baru lah!
nak masuknya bukan sekarang, bulan julai nanti pun

teringat plak proses nak sewa umah ni dari Malaysia dulu
sampai hari2 ngadap website private property dan tunggu email reply dari potential landlord
lagi satu peristiwa, masa transfer deposit dari Malaysia ke sini
memang hari2 doa harap duit tu sampai dengan selamatnya ke tangan landlord..RM tukar ke £..banyak woooo..
Alhamdulillah sepanjang proses cari dan sewa umah ni, langsung takde masalah :)

harap2nya kali ni pencarian rumah baru kitorang pun berjalan lancar.. Amin mudah-mudahan


yeay, it's getting warmer!

6
| Tuesday, March 2, 2010

setelah 3 bulan bersejuk-sejukan, kini musim bunga akan tiba!
selepas 3 bulan jugak makan di lounge, pada hari ini kami dah mula melepak di breakfast table kat dapur..makan sambil menikmati pemandangan
kalau tak memang tak mampula nak berlama-lamaan kat dapur tu sebab lantai die kayu..sejuuuuk!

masa kat kampus tadi, saya tengok ramai yang dah mula menukar fesyen daripada berbaju tebal terus ke T-shirt dan skirt
dan ramai yang dah mule melepak dan bersantai mengadap matahari kat depan International Building sebab ada tanah lapang kat situ
tapi saya rasa still lagi chillin' cuma bile matahari keluar harini dah mula rasa suam2 kuku..
mr. sv kata tak lama lagi panasla tu.. maybe starting on April onwards
yeay!

patutla orang putih ni sangat appreciate musim panas sampai sanggup bersidaian di pantai2 negara tropika demi untuk mendapat tanned body (tak kuasa aku! diorang tatau leh dapat kanser kulit bile buat camtu)

maka, harini tea-time kitorang adalah Yorkshire pudding yang kelihatan agak kehitaman tapi rasanya boleh tahan, egg-mayo dan juga mashed-spinach-potatoes! hehe
tengok gamba kedua tu..dah nampak terang skit alam kat sini..
Alhamdulillah





 

Copyright © 2010 Akira~chan Blogger Template by Dzignine | Header Illustration by Emila Yusof